31.1.11

Happy Chinese New Year

Slmt tahun baru kpd semua masyarakat berbangsa cina... Khas tuk Mr. boss dan mrs. Clack di ofiz aku ni [macam die org baca blog aku kan]

Boss mana angpau i? buah limau pun x de ke boss? Boss kata nak belanja makan tapi sunyi jek, x masuk office pun ari ni, tak baik main2 kan perasaan i tau... i dah siap kemas bilik u, siap gantung2 kad raya lagi tau... ofice pun i dah kemas2 [sb boss kata x leh berhabuk2 time nak raya ni] bukan tu jek, i pun dah pindah tempat dari work station paling best seantero ofiz ni [kata nya tempat baru ada ong utk aku...]

Apa pun aku happy sebab ada perayaan ni, walau aku x sambut tapi kita still dapat cuti... yey...cuti!!! hehehe... dalam line ID ni, saat2 cuti memang di nanti2 kan. Boleh pergi mana2 tanpa fikir pasal kerja dan design... letih dah otak ni. [sapa x suke cuti kan]

last word : gong xi fa cai ^_^

24.1.11

saya mahu TERJUN!

Saat2 keserabutan fikiran sedang melanda. Hati rasa macam nak menjerit sekuat yang boleh. As usual. aku pretend cool walau dalam hati cam nak meletup, otak dah sakit fikir semua benda. Time2 serabut ni aku teringin sangat nak terjun dari tempat paling tinggi, mesti puas hati kan- tapi terjun yang selamat la, aku masih sayang kehidupan ni lagi hehehe. Apa yang menserabut kan aku? selagi nama manusia pasti ada masalah sendiri kan.

Kalau diberi peluang aku nak sangat buat benda ni.


PARAGLIDING

Kenapa? sebab aku suka tempat tinggi. Mungkin genetic kot coz my dad bekas komando bahagian paragliding ni. Time kecik2 dulu aku penah tengok abah buat persembahan time merdeka, Rasa nya since that time aku mula minat benda ni. Just tak ada peluang lagi je nak buat. Sebab minat sangat lepas SPM aku apply army semata2 nak ke bahagian ni, semua interview tu aku berjaya just 1 jek wat cita2 tu terkubut, umur! time tu aku baru berusia 17thn 7bulan 7hari, sangat la TUJUH! [sejak tu aku minat no 7..hahaha, tah la]

Perasaan berada kat tempat tinggi memang menyeramkan, tapi once dah berjaya terjun satu perasaan puas tak terkata pasti di rasai. Perasaan tu yang aku nak. Kalau ada peluang pasti aku tak akan lepas kan nya.


berdedai~

20.1.11

mr. Anuar

Hye allz... new update kali ni pasal ANUAR ZAIN. Aku memang sangat minat mamat ni since dari sekolah lagi. Sangat giler kot sampai time sekolah aku tampal gambar die belakang calculator scientific [pening2 wat add math tengok muke die sejuk ati]. Suara Anuar ni memang paling power lah. Ada gak aku jumpa die life time lepak kat restoran syed kat sek.11 shah alam. Anuar dah depan mata tapi aku just pandang jek... sengal gak la... hahaha

ok lets usha2 gambar pakwe hensem ni... and korg jangan lupe dengar lagu baru dia, SEDETIK LEBIH (best sangat!)

Nama : Shahrul Anuar Bin Zain

Nama Artis : Anuar Zain

Tarikh Lahir : 15 Februari 1970

Anak Ke : 2 Dari 5 Beradik

Bintang Zodiak : Aquarius

Kerjaya : Penyanyi & Berlakon

Makanan Kegemaran : Berubah-ubah mengikut selera

Minuman Kegemaran : Teh Tarik

Warna kesukaan: Perang, biru, kelabu & merah

Idola : Ayah saya sendiri

Penyanyi Kegemaran: Ziana Zain, Dayang, Siti Nurhaliza, Whitney Houston & ramai lagi

Pelakon Kegemaran: Julia Roberts, Amy Mastura, Elly Suriati, Ruth Sahanaya

Wanita Pilihan: Seseorang yang menerima dirinya sebagai Shahrul Anuar bukan Anuar Zain.

Visi Anuar : Mengembangkan karier seni ke peringkat lebih tinggi.

Alamat Surat Menyurat :

ANUAR ZAIN NETWORK SDN. BHD.
J7 - 4 - 10 , DESA PANDAN OFF JALAN KAMPUNG PANDAN , 55100 KUALA LUMPUR


lets usha2 gambar2 si kachak ni...







suke sgt he new look

SEDETIK LEBIH : ANUAR ZAIN

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

EDRY ABDUL HALIM
KRU Publishing Sdn Bhd


* suara dia memang meluruh kan hati tul, kalau ngah tension dengar suara dia terus ok hahaha!! [seyes tau]

* soooo in luv <3>


18.1.11

Dilemma 2


Assalammualaikum allz~

B4 ni aku ada cerita pasal aku dilemma nak buat or tak project gereja tu. Setelah dapat kan nasihat dan pandangan dari ramai orang, dari yg lebih arif... aku decide tuk x buat dan tolak projek tu. Memang la aku ada tanggungjawab sb bekerja tapi aku lagi bertanggungjawab as muslim.

Separuh dari hati aku kata "aku ni membesar2 kan benda kecil je...lebih2 lak" tp half hati aku kata "ni 1 dugaan dari Allah tuk aku, tuk uji aku" Tapi betul kata abah... " rasa amik ringan tu hasutan syaitan" aku akan sentiasa ingat.

Mungkin org nampak semua ni senang je, tapi ia bukan semudah yang di sangka. Aku ada seorang pekerja dan aku seorang islam. Aku tak dapat menolak kerja aku dengan mudah dan aku tak dapat menerima nya walau macam mana pun. Aku dah bulat hati untuk bagi tahu boss yang aku x akan design gereja tu. [tapi aku belum bg tahu lagi atas sebab2....]

Walau aku kata aku dah bulat ati untuk tidak buat design tu, aku ada 1 lagi masalah. Kalau bukan aku yang buat so sape? kerja tu akan di past pada designer lagi sorang. Dia juga seorang islam. Sekarang aku rasa sangat bersalah, aku lepas kan beban aku pada orang. Rasa sangat tak patut. Kita tak boleh lepas kan beban diri kita lalu susah kan orang lain. Sekarang aku rasa sangat tersepit. Walau pun mamat tu kata tak apa, dia tak kisah...tapi aku rasa bersalah sangat. Dosa tu bukan benda mudah... "DOSA" ini dosa yang akan di bawa sampai mati..berpanjangan pula tu.

[sekarang project tu d delay dulu coz ada project lain lagi penting n dulu]

Apa aku patut buat ni? Aku betul2 buntu...

14.1.11

Dilema



Pagi2 ni aku dapat project baru. Cam biasa mesti la excited coz every project yg aku buat aku akan dapat 13%. Makin banyak dapat project makin banyak duit, cepat la aku dapat bukak perniagaan sendiri hehehe~

Tapi... project kali ni satu Cubaan dari Allah swt kpd aku. Aku perlu design church (gereja). As islam aku tahu aku tak boleh buat, sekarang aku tersepit antara kerja dan agama. Tapi aku tahu... agama adalah no.1.

Aku nak cakap kat boss aku x nak buat (boleh ke?) tapi sapa yang nak buat? (boss Chinese man), semua designer kat situ adalah Islam. Kalau aku x nak buat mesti boss suruh mamat tu buat... dia pun islam.

(aku selalu ingat kan diri : kita sentiasa usaha untuk cari pahala tak kan nak rosak kan dengan sedikit dosa)

So, korang rasa apa patut aku buat?

2.1.11

Good bye 2010 welcome 2011

khas buat semua

Olaaa~ lambat update blog untuk ucapkan HAPPY NEW YEAR for u all.

Sekejap nya 2010 berlalu. Apa azam tahun baru korg? azam tahun lepas dah tercapai semua ke?

Azam aku tahun 2010 mostly semua dah tercapai just 1 je yang x tercapai, walau itu spesis azam baki bawa ke depan still gak tak tercapai2... x dapek den nak nolong eh hehehe~

Tahun 2010 nie ada la beberapa list azam yang aku senarai kan termasuk spesis baki bawa ke depan tu, selagi tak dapat selagi tu la aku bawa sekali. Apa azam yang tak tercapai2 tu? rahsia...

Pengakhiran tahun 2010 agak menduga untuk aku, lagi 1 hari nak new year aku mengalami accident... syukur sangat tak cedera parah. Bila di kenang2 memang menakut kan, sehari sebelum tu aku melalut bukan2, sampai orang sekeliling pun naik takut, tapi syukur sekali lagi tahun 2010 bukan tahun terakhir aku di dunia Allah yang indah ini... Alhamdulillah~

Tapi itu membuat kan aku sedar sesuatu, dan aku akan berpegang pada itu.

HAPPY NEW YEAR SEMUA.... semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas. amin~



karutan lelain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...