30.8.08

esok puasa...

sok dah 1 Ramadhan... cam besa, tu tarikh kite mula pose. aku ucapkan selamat b'pose utk semua kwn2, jgn ponteng dgn sengaja yek... kpd korg yg lelaki tu x der sb nk ponteng sb korg mmg x d beri cuti special (lalalalala..)
tadi aku buka friendster, banyak tul org bg ucapan ramadhan, naway thanks atas ucapan korg tu... rasa nye aku dh bls semua e-kad korg, eceh...cam artis la pulak huhu.. ok, ni antara e-kad yg t'pilih. tahniah... (hahaha poyos je)


ni kad 1st yg aku dpt...





haaa !!! ni dari pokok... dlm gambar tu pokok (asnini) la.





RENUNGAN
"Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia.
Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara."
-(Saidina Abu Bakar As-Siddiq)

"Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan.
Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau."
-(Imam Umar bin Abdul Aziz)
DOA BUAT SAHABAT
Ya Allah Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat
Ya Muhaimin Ya Salam
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu.
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.
Ya Allah
Jangan biarkan sahabatku terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu. Jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu.
Ya Allah
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan dan kecemerlangan hidup di dunia serta akhirat kelak..
AMIN YA RABBAL 'ALAMIIN....
P/S : kpd semua yg mengenali diri ini, aku nak memohon maaf di atasa segala salah silap yg aku lakukan.
semoga segala amalan yg kita lakukan di bulan mulia ini di terima dan diberkati Allah swt... amin......

29.8.08

MERDEKA, MERDeka, merdeka...


31 ogos 2008 dah 51 tahun negara kita merdeka. Setiap tahun selalunya semua org akan sebuk untuk mengibarkan JALUR GEMILANG.
Petang tadi saya keluar, tiba2 terlintas tentang hari kemerdekaan yg bakal tiba. Teringin nak lihat JALUR GEMILANG di kibarkan... selalu nya menjelang hari kemerdekaan pasti meriah jalur gemilang berkibar di kenderaan2.sayangnya... boleh dikira berapa buah kederaan je yg kibarkan jalur gemilang kita. bangunan2 pun ada lah beberapa shj yg terlihat mengibarkannya.


suram betul sambutan MERDEKA pada thn ni... kenapa ya? mungkin sebab org asik sebuk sal politik sampai lupa tentang sambutan merdeka. bagi saya... hari yg bersejarah ni memang patut disambut degan meriah, bukan sekadar mengadakan konsert dan ramai2 berkumpul mlm tu utk berparty tp kesedaran erti kemerdekaan dan semangat kemerdekaan dlm diri kita.


SELAMAT HARI MERDEKA KE-51 tahun~~~

12.8.08

WELCOME~selamat datang


haiiii~ saya amat mengalu-alu kan kedatangan anda di blog saya ni... dalam blog ni saya akan muat kan segala info2 yg berguna dlm kehidupan dan segala apa yg berlaku di persekitaran saya.

semoga anda dpt banyak infomasi di sini.... yeaaah~

karutan lelain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...