20.8.10

apa aku fikir...

gloomy...gloomy day~

mode: bad
feeling: numb
xtvt: crying

haih~ aku benci waktu sekarang, aku benci rasa nie. cari2 tapi dalam diam buat aku sakit tapi tak berani tunjuk. Banyak yang aku nak cerita tapi tak mampu. banyak yang aku nak kongsi tapi malu. semua di biar cam tu je dengan harapan esok ia hilang. dalam masa ni tak ada yang kurang.

satu usaha aku sekarang hanya demi 1 sebab. perbaiki kelemahan demi 1 benda. aku harap satu hari nanti bila tiba masa ia di perlukan aku dapat buat apa yang patut lebih baik dari apa yang aku pernah buat untuk diri sendiri beberapa bulan lepas.

cuba lihat satu sudut, cuba fikir satu benda... aku. manusia bodoh yang cuba berusaha tapi tak kan pernah bagi ia nampak.

hasilnya buat pertama kali, dalam beberapa jam.......................................



antara kerja pra-persekolahan 3dmax

saya bukan pakar , tapi saya happy.

"kerana"

saya tahu tujuan saya akan berhasil bila tiba masa nya.

18.8.10

Tanda2 Kematian



كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

(Ali Imron: 185)



أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكْكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ وَإِنْ تُصِبْهُمْ حَسَنَةٌ يَقُولُوا هَذِهِ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَإِنْ تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ يَقُولُوا هَذِهِ مِنْ عِنْدِكَ قُلْ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ فَمَالِ هَؤُلَاءِ الْقَوْمِ لَا يَكَادُونَ يَفْقَهُونَ حَدِيثًا

Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)." Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah." Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikitpun?

(An Nisaa`: 78)



Tanda 100 hari sebelum hari mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


Tanda 3 Hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 Hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untukmenemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Saling berpesan2lah sesama kita...

13.8.10

suka ini

sedang aku tercari2 web yg leh bukak lagu mp3 on9... semua sb aku dah maha bosan nak ulang2 lagu dalam senarai main (mp3) aku ni. pe tak nye, kat umah dengar lagu tu..kat ofiz pun. so pagi2 time kat ofiz aku pun cari la web yang ne tau leh main kan mp3 tanpa kite pilih nak dengar lagu pe, ala2 cam radio [tp x nak dengar orang bercakap]

datang la ofizmet aku ni and bg software dari china..die amik time die ke taiwan. ia nya on9 and hari2 ada senarai lagu2 baru dari china, Korea, jepun and owang puteh. boleh di kate kan semua artis ada dalam ni. sebagai contoh lagu Beyonce je ada dekat 7ratus (kwn aku mmg peminat setia Beyonce) and boleh download.

cuma ada satu masalah........... benda alah ni tulis cina, so...kwn aku yg berbangsa cina ni pun tunjuk la nak ne tekan pe...tp selepas seharian dgn benda ni, aku rasa function die sama jek dgn winamp. walau pun x faham tp aku berjaya gak meng-explore huhu...



ini la die bila kat pc aku, tulisan mandrin tu tetibe jadi tulisan x di fahami [wat2 faham jek la]

layout nye pun comel2.. [ke ai~]
yang best nye... dah siap dengan lyrics lagi... boleh la karaoke sesama wiiiiii~
tu la xtvt aku ketika keboringan duduk sorang2 kat bilik yang b'warna putih ini...

5.8.10

pabila aku boring, aku....

Hari ni genap 5 hari aku duduk sorang2 kat rumah yang baru aku sewa. impian berkecai (kecepeeeeek~) bila aku dapat kerja jauh dari rumah family (nak sangat kerja kat JB coz nak duduk bawah ketiak mak :P). 5 hari juga aku kebosanan, jadi budak baik tak keluar rumah malah balik je kerja aku terus balik (ada la singgah beli makanan...kang kebulor lak~)

Xtvt di rumah lepas balik kerja? pe lagi... on9, sampai ke pagi aku on9 sambil teman aku tido huhu~ tunggu2 kawan2 on9 sampai tertiodo... mereka still bersama so memang tak ada la nak teman aku yang sorg2 ni~ [nak balik shah alam!!!!!]
tapi aku dah mula suke dgn tempat kerja aku ni... sangat muhibah! apa pun aku sangat excited dengan kerja ni (time belajar aku x suka design, belajar untuk grad je) sssshhh~ jgb bg tau para lecturer :))

sebenar nya, family aku sangat risau aku duduk sorang2 kat umah ni... x tahu ke, anak die ni tabah orang nya, malah juga bukan spesis penakut... (kadang2 der gak rasa seram). tapi mostly aku asik teringat kat kenangan2 time kat shah alam. mungkin sebab semua masih baru, semua fresh lagi dalam kotak minda. dan aku juga rindu emak n abah... tetiba rasa macam seminggu sangat lama. harapan nak balik pun macam tipis je, aku dah nampak yang aku bakal bz x lama lagi. bagus juga, x la aku kebosanan kat rumah ni, wiiii~


ok, sebenar nya aku nak share vedio The fobulous cats, tajuk lagu ni Slot Akasia. setelah di tonton aku sangat suka. ini hadiah untuk korang sebab sudi baca bebelan aku dan sudi layan blog yg x seberapa ni (senyuman untuk kamu)




Lirik Slot Akasia - The Fabulous Cats

Verse

Inikah berakhirnya
Hidupku yang ku rasa tidak secantik potret yang terlakar dikaca
Inikah makna cinta
Datangnya berbunga bunga belum dijamah pahitnya jelas terasa

Ku renung kisah kita
Perbalahan antara
Erti bersama
Airmata dan lelah buat kita berbalah
Dendam terujud segala yang indah
Hilang hilang

Chorus

Dari satu hujung ke satu penghujung berlari
Tapi hanya makin ku jalani
Jalan jalan yang sempit sekali
Imbasan warna warni cerita cerita dalam hidup kita
Hingga paling kelam kan terpapar di slot akasia

Verse


Ku renung kisah kita
Perbalahan antara
Erti bersama
Airmata dan lelah buat kita berbalah
Dendam terujud segala yang indah
Hilang hilang

Chorus


Brigde

Jauhku fikirkan tentang kita tanpa kita
Sedalam dalam kita mencari jawapan yang sama
Mungkin berbeza antara jalan yang ditentukan
Namun ku percaya jika mata ditutup disitu ada cinta


Madah Pujangga


Berpasangan insan telah dijadikan
Dalam satu jiwa bakal mewujudkan
Bermusim kegelapan dapat dipinggirkan
Namun kita manusia senang dibutakan
Menyintai bukan untuk disakiti
Sejambak bicara harus ditepati
Carta belaian jiwa dilonjakkan tinggi
Tak menjunam jatuh menghempas ke bumi
Sejati itu yang kau ucapkan
Sebuah melodi dan hanyalah satu ungkapan
Kata kata lontaran sekadar ukiran hiasan
Takkan berbunyi bila bertepuk sebelah tangan
Setinggi mana tak guna nak dikecapi
Tiada dua satu jiwa tiada erti
Tiada lagi rekaan khayalan mimpi ngeri menyelubungi
Hanya meniti hari meneliti hati

Chorus sampai habis





karutan lelain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...