20.12.10

Idaman hati

Alop....! kali ni update baru pasal idaman hati. Bukan kekasih tapi Hp pintar yang dari kemunculan nya dah jadi idaman hati ku... Seriously aku nak sangat Hp ni walau now orang semua ngah giler kan Blackberry.

Lets cuci mata.......


Semat la kaklong~



kasi enlarge sikit


shanthekkkk~


To closed sesi berangan aku ni, kalau ada sapa2 yang baik hati boleh la belik kan iPhone 4 tuk aku ye..hehehe~
ngah berusaha kumpul duit ni nak beli, bukan x bersyukur dgn LG sentuhan ku ini tapi memang x pun... ngaaaa...

have a nice day allz ^_^

6.12.10

salam tahun baharu : 1432 Hijrah


salam maal Hijrah!!!

Tahun baru... now dah tahun 1432 Hijarah, semoga tahun ini kita menjadi umat yang lebih baik dari tahun2 sudah dan semoga Allah sentiasa memberkati kita kerana keberkatan dari Allah sahaja yang dapat menjamin ke bahagiaan di dunia dan akhirat.

Semperna 1st day di tahun baru ni, saya nak share dengan semua tentang sejarah Hijrah ni... (sumber dari http://blogtamingsari.blogspot.com/2010/12/ulangkaji-sejarah-hijrah-junjungan.html)


Kronologi hijrah Rasullulah S.A.W

secara ringkas rentetan Hijrah Nabi saw.

Kafir Quraisy berazam untuk membunuh Nabi Muhammad saw
Malaikat Jibrail memberitahu kepada Nabi Muhammad saw berkenaan dengan rancangan jahat kaum Quraisy dan keizinan dari Allah swt kepada Nabi untuk berhijrah ke Madinah
Nabi memberitahu kepada Abu Bakr tentang rancangan Hijrah ini
Mereka keluar dari Mekkah, pergi ke gua Thur
Quraisy mencari Nabi sehingga sampai ke gua
Abu Bakr gelisah dan takut dengan keselamatan Nabi ketika di gua
Turunnya ayat Al-Quran, Surah At-Taubah : 40
Mereka keluar dari gua selepas bersembunyi di situ selama 3 hari
Suraqah mengejar Nabi dan janji Nabi kepada Suraqah
Nabi tiba di Madinah
Pembinaan Masjid Nabawi
Mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar

Dr. Yusuf Al-Qaradawi ada mengatakan di dalam khutbah jumaatnya :
Sesungguhnya hijrah Nabi saw meninggal satu tempat yang paling disayangi oleh baginda, paling disukai oleh Allah swt. Ia juga adalah tanah tempat tumpah darah baginda, tempat yang penuh kenangan baginya, tempat baginda membesar. Lebih-lebih lagi, ia adalah tanah haram Mekah Al-Mukarramah.

Namun begitu, jika bertemu antara tuntutan akidah dan kecintaan kepada tanah air, maka tuntutan akidah lebih tinggi kedudukannya dan perlu didahulukan ke atas yang lain. Tuntutan akidah juga lebih berharga dari keluarga, rumah, harta dan apa sahaja yang disukai oleh manusia.

Nabi saw telah berhijrah meninggalkan negaranya dan kawan-kawannya. Firman Allah swt yangbermaksud: "Iaitu mereka Yang diusir dari kampung halamannya Dengan tidak berdasarkan sebarang alasan Yang benar, (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan Kami ialah Allah". [Surah Al-Hajj : 40]

Semua itu lebih mudah untuk mereka tinggalkan berbanding dengan keredhaan Allah swt. Ini kerana mereka ingin membina sebuah Negara Islam, kerana islam perlu kepadanya. Sebuah begara yang terpisah yang dapat meningkatkan kalimah Allah di situ, dilaksanakan syariat islam, ditegakkan syiar-syiar Allah dan memperlihatkan kekuatan islam.

Tulisan Ustaz Naqib Hamdan (Universiti Al Azhar, Mesir.)

Wallahhualam.


No. 558 sesi ke-7 majlis ke 73

CONVOCATION UiTM ke-73 sidang ke-7
(FSPU)


LEGA!!!

Kalau mampu aku nak je jerit sekuat hati "LEGAaaaaaa!!!" hah!


Muka ceria dan gembira masing2
(B.A Hons. Interior Architecture)


Sebagai student saat2 ni memang di tunggu2, dan sebagai aku... 4thn aku berlajar, kena maki hamun, menangis, tak tido, makan maggi, menghabiskan duit mak abah... saat2 ini memang aku tunggu2. Setelah tengok jerih payah mak abah cari duit untuk aku study aku b'cita2 nak buat mereka senyum bangga dan puas pada hari aku grad... dan, hajat aku termakbul.

Hanya Allah je tahu bertapa aku gembira melihat mereka teruja dan tersenyum lebar di hari tu. Hah! lega sangat.



Buah hati pengarang jantung ku <3
(Abah & Mak)


Hari tu bertambah indah lagi dgn kedatangan kawan2. Sebenar nya aku sangat terharu... hampir2 menitis kan air mata kegembiraan (tp wa cool beb~).

Hari tu aku dapat hadiah yang best2... 2 jambak bunga yang besar dari Anuar dan Kaklong, 2 kuntum roses dari Siah dan Lokman dan..... Handbag dari Afifi dan Farid (sgt x sangka!).

Oleh sebab aku memang manusia yang malang sebab susahhhhhhhhhhhh sangat nak dapat hadiah.. so hadiah2 dari mereka tu memang sangatttttttttt menggembira kan aku, di tambah ada di antara mereka yang dah balik kg tapi datang balik shh alam sb nak rai kan aku... cam aku kata tadi...cam nak nangis terharu huhu~ (seyes...terharu sangat)

Ini la mereka2 tu:


Afifi & Farid : die org bagi hadiah Handbag wooo~
(thx korang ^_^)

dari kiri : Lokman, Anuar, SAYA & Siah a.k.a Rohayu
(saya happy sangat sebab korang datang ^_^)


Now aku dah sempurnakan cita2 aku, dari kecik nak sgt masuk U, dah masuk U nak grad... dah abis study nak keje... now semua aku dah dapat, Aku dah kena cari cita2 baru... Hidup tanpa cita2 macam hidup tanpa harapan.

Ada rezeki aku nak sambung Master, tapi buat masa ni aku nak kerja dulu. Time belajar aku rasa jadi designer ni memeningkan...tapi bila dah kerja aku sangat suka bidang ni, rasanya memang akan lama aku di line ni di samping aku ada cita2 baru... apa itu? rahsia~ huhu



MARI TERUS MAJU ~



karutan lelain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...