26.11.10

i'm fan of....



Biography : David Pierre Guetta.

: a French House musicproducer and DJ

: Originally a DJ at nightclubs during the 1980s and 1990s, he co-founded Gum Productions

Album

  • Just a Little More Love (2002)

  • Guetta Blaster (2004)

  • Pop Life (2007)

  • One Love (2009)

  • TBA (2011)


David Guetta is poised to take electronic music out of the confines of the global underground, where he reigns as the No. 1 House DJ. Joining hands and forces with some of the biggest names on the urban scene, while introducing some undiscovered talents, another level beckons.










why I am a fan of david? because I love electro music


25.11.10

NABI ISA (a.s) DENGAN ORANG MABUK CINTA

Assalamualaikum...

Selamat hari Jumaat yang indah. Pagi2 Jumaat ni saya dah tak ada apa nak buat, so new n3 kali ni nak share pasal Kisah Isa. Banyak kisah2 teladan dari kisah2 Nabi yang kita boleh amik iktibar untuk kesejahteraan hidup.


KISAH INI BERMULA DI SINI


Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air dikebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya." Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah." Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ. Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung- ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."


Pengajaran

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima dan lupa kepada yang lima :
1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al- Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."


Semoga kisah ini dapat memberi iktibar kepada kita.... AMIN~

18.11.10

Sepuluh Tanda-tanda Kiamat yang Besar

Post semperna ari jumaat ni, 10 Tanda Hari Kiamat. Mari muhasabah diri...


Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka".
(H.R Muslimi)

Keterangan
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.

    1. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
    2. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

    Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya".


15.11.10

Kamu Tag saya Jawap

"Once u have been tagged, u are supposed to write a note with 25 random things, fact, habit, or goal about u. At the end, choose 25 people to be tagged. U have to tagged the person who tagged you, If i tag u,

its because i want to know about u :) "


1. tak pernah risau tentang kegemukan atau rasa berdosa sb makan banyak, cz saya si kurus yg x b'peluang nak rasa gemuk.

2. Pink and Hijau akan menjadi color terakhir yang akan di pilih.

3. Lipas, Katak, Tikus, Labah2, Cicak, cacing bukan spesis mahluk yang saya geli.

4. Chocolate akan selalu ada dalam handbag saya.

5. Cerewet memilih barang, klu kat kedai tu leh b'jam2 pilih and selalu nya end up x beli apa2 pun.

6. Pernah pergi interview askar sebab b'cita2 nak jadi tentera bahagian payung terjun tapi tak dapat sebab tak cukup umur (17thn 7 bln 7 hari ).

7. Sangat suka waktu malam cz boleh tengok lampu2 and bintang.

8. Paling benci dan marah bila org puji saya cantik cz dari kecik org kate sy x lawo..so bile org kata sy cantik sy akan rasa org tu hina saya.

9. saya tak akan toleh kalau org panggil saya dgn cara buat bunyi macam tikus... "suwit...suwit.."

10. Pizza akan menjadi makanan terakhir yang akan di pilih.

11. Pencinta binatang terutama kucing and arnab, kalau dapat bela harimau pun best....

12. saya ada 2 mak dan 2 ayah, 1 parent kandung dan 1 parent susuan.

13. Pernah lemas kat air terjun sebab termasuk lubuk, fobia dgn air yang tak boleh nampak dasar nya., tapi giler kejap bila nampak laut, air terjun or tasik.

14. Kopi dan nestcafe akan membuat kan saya puyeng lalu saya akan lemau.

15. i'm not believe love at first sight, "tak kenal maka x cinta, klu x kenal cam ne nak cinta" kan~

16. Ayat2 jiwang boleh buat saya muntah, mengeman dan loya. Lelaki mulut manis tak boleh di percayai.

17. Layan semua range of music tp more pada electro.

18. Tak boleh pakai minyak wangi yang bau sebarangan cz nanti saya akan pening teruk.

19. saya suka jalan2, jalan2 dengan kaki ya... jalan sejauh mana pun saya sudi.

20. Bila marah saya makan, saya suka makan dan makan dan asik lapar dan lapar.

21. Saya geli pada orang yang asik sedawa dan makan berbunyi.

22. Walau nampak lemah lembut tapi gagah di dalam, tak mudah mengalah kalau buat apa2.

23. Tempat tinggi memang tempat paling di sukai, kalau dapat terjun lagi best.. (terjun yg selamat la)

24. Sangat suke b'kawan dengan org yang nampak misteri, pelik and low profile ala2 x der org nak kawan.

25. Saya tak suka apa yang org ramai suka,baik artis, jenama, orang atau pe2 pun, more prefer pada benda yang tak ada org suka.


sweet-ants, nie lah jawapan pada random 25 yang awk nak saya jawap tu, urmmmm.... 25 org yang nak di tag tu ramai sangat la, tak tahu nak tag sape...

so pada sape2 yang baca tag ni, sila la menjawap ek, nak gak tahu pasal korang ^_^

11.11.10

Tabah lah kawan ku

~Best friend~

Aku hanya ada 2 org kwn baik, kami ke sekolah menengah b'sama, share suka duka, sentiasa bersama walau sekarang kami terpaksa ke jalan pilihan masing2.

Sedih aku tengok mereka. Berat betul masalah yang perlu di hadapi (macam cerita drama pun der gak)

semua kerana :

CINTA!



Kesedihan bermula

mula2 Dill yang datang kat aku bercerita tentang masalah nya dan sekarang Sofi pula. Apa yang aku boleh buat? aku nak sangat tolong sattle kan semua problem mereka, tapi tu memang tak mungkin, aku hanya mampu menjadi pendengar tuk ilang kan beban di hati je.....
Dill, cinta die di tentang oleh mak BF nya. Honestly aku rasa makcik tu sangat melampau. Kenapa makcik tu jadi tak suka tiba2 after rm10k die pinjam? kenapa dari 3thn lepas tak tentang? b4 ni semua ok je. Aku kenal dill siapa, aku tahu dia tak kan kurang hajar dgn org tua. 1 day makcik tu datang rumah die tuk sattle dgn family dill. Macam org giler makcik tu menjerit2 nak kata kan dill jahat, tak kenang budi.Mak bf dill suruh mereka b'pisah. (cerita sebalik nya aku x leh tulis kat sini, korg tau sikit2 je ok la). Pada pandangan aku, makcik tu yang salah... orang kampung pun selalu dok mengata siapa dia, so memang jelas la die tamak. Alasan cari gaduh sebab tak nak bayar balik duit rm10k tu. Otak sempit!

Sofi, dia ni pula tengah tersepit antara tunang dan parents. Tunang die tengah kecik ati dgn mak bapak sofi semua sebab parents sofi tak nak tolong loan rumah and ada beberapa kes lagi. Aku jadi pemerhati semua masalah dia. Aku sangat kesian kat dia, semua ni bukan punca dari dia tapi dia kena tanggung di tambah mulut orang kampung yang membesar kan lagi masalah ni (benci org kuat mengumpat! its not cool ok!!!). Rumah tu dia tak jadi beli and tunang dia suruh bagi pada parent dia je yang beli, parent dia setuju sebab mereka kena pindah, rumah mereka duduk now dah nak kena tolak (setinggan) tapi tunang dia tak bagi tolong untuk urus kan apa2 tentang pembelian rumah tu and tunang dia bg kata dua, pilih tunang or parent kalau nak tolong juga mereka putus. Tunang yang JAHAT!!!

Sampai hati die suruh pilih antara mak bapak atau diri dia... dah tentu la sofi sedih dan tak mungkin memilih. Mak Ayah tu orang yang lahir kan kita kat muka bumi ni, yang besar kan kita, walau mereka bukan ibu bapa yang baik dan selalu wat kita sakit hati, tapi jasa mereka tak mungkin dapat di balas, walau pun korg bagi berjuta2 ringgit... kalau bukan pasal parents kekasih kau, kau tak kan dapat bercinta dengan kekasih kau tu la..x dpt jumpa pun kat dunia ni....!

Aku memang angin dengan orang yang membelakang kan mak bapak.

Tapi on other side aku sangat bersyukur sebab mak abah aku tak cam parents dia orang. Selama aku hidup dengan mereka, mereka tak pernah mendesak aku buat apa2, mereka sentiasa sokong apa aku buat.. mereka pun tak cam sesetengah family yang marah2 anak sebab nak duit gaji anak die dengan amount yang melampau, tak bagi gaduh,marah2...

Mak Abah lah org yang paling aku sayang kat dunia ni.

To both of my friend yang tengah b'sedih, aku doa kan sepenuh dan setulus hati aku yang korang akan dapat mencari solution of that problem. Semoga Allah swt menunjukkan jalan kepada korang.

AMIN~

karutan lelain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...