21.7.10

Apakah kita akan temui orang yg sebegini?

Sedang aku keboringan dan tak tahu nak jelajah apa lagi dalam internet nie, keputusa : buka email dan baca semua forward email yang bertimbun kat inbox (aku x suke baca e-mail foward sebenarnya ;) ) belek punya belek aku terbaca e-mail dari kawan sekolah dulu, dengan rasa menarik so aku pun buat keputusan untuk share dlm blog aku yang x seberapa ni...
(en3 jiwang lagi? sebenar nya aku rasa cam terkena batang hidung sendiri)


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia
mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli!
Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan
matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu
sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui
sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat
pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi,
walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia
menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA
padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang
kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau
mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia
lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah
melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat
itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang
selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu
ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah
mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak
kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan?
pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu,
bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu
- kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi
akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau
batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya
keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian
itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck'
untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin
buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat
istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di
telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia
merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin
menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa
memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa
pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan
kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti
seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti
menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam
dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan
hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan
tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan
melakukannya lagi.


*19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn
sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu
gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan
permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian
besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim
berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat
kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga
buatnya.


*21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi
menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan
ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia
sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab
dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu
kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa
menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan
pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal melakukannya! ]

* tapi jangan penah memaksa diri menerima nya kerana dia tahu kamu terpaksa

19.7.10

Rahsia kata nya

sangat terbuku dalam hati. Geram... geram...geram sangat (pura2 senyum)

weh! apa yang nak di rahsia sangat? setip kali nak keluar dengan aku mesti kau suruh rahsia kan dari mereka. (sangat perahsia org nya...)

aku tahu aku tak cantik, kau malu kan? (anugerah Allah kottt~)

dari dulu aku diam kan je tapi bila di fikir2 sakit hati beb... entah kenapa rasa terhina lak. apa yang tak kena sampai perlu di rahsia kan?

owh~ mungkin kerana kau artis popular, semua akan terpapar dalam akhbar dan jadi gosip hangat ya? (artis la sangat....)

jahat kan kau.

baiklah, semua akan terus jadi rahsia, rahsia kite selamanya dan selama mana kau nak sorok kan.


I-city, Shah Alam

thx for the good memory ^_^ (kejap je marah aku ni~)

karutan lelain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...