19.10.09

let's jiwang - 15 madah cinta




Dulu kata-kata seperti HACKS (Hanya Aku Cinta Kau Seorang) atau CINTA (Cinta Itu Nikmat Tapi Awas!) cukup popular di kalangan remaja yang bercinta, but now der 15 madah yg sering org guna... (eceh~ cm penah b'cinta jek aku ni :P)

Jika anda tidak mempercayainya, apa kata kamu cuba tujukan madah-madah cinta ini kepada insan yang kamu sukai dan lihat respon yang diberikannya. Jika si dia tersenyum sambil menatap wajah anda, itu bermakna kamu berjaya menyentuh hatinya.




1. Cinta tidak pernah meminta ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan tetapi ia tidak pernah berdendam dan tidak akan membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan. Manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

2. Jangan simpan kata-kata cinta kepada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, kerana akhirnya anda akan catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dimindamu itu sekarang selagi dia mampu mendengar dan tersenyum kepadamu.

3. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat. Selepas menemui insan yang tepat itu, sudah pasti kita akan mengucapkan terima kasih di atas kurniaan yang tidak terhingga itu.

4. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak lagi berada di sisi kita.

5. Jangan melarikan diri daripada cinta apabila ia berada di hadapanmu. Kerana suatu masa nanti, anda pasti teringat kembali akan cinta tersebut dan menyesali perbuatanmu itu.

6. Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan jiwa raga.

7. Cinta berupaya mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmah. Itulah kuasa cinta.

8. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu. Tetapi lebih menyakitkan apabila anda mencintai seseorang tetapi anda tidak pernah memiliki kekuatan dan keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

9. Kadangkala kamu tidak menghargai insan yang mencintamu sepenuh hati hinggalah anda kehilangannya. Ketika itu sesalan sudah tidak berguna lagi kerana perginya tidak mungkin akan kembali lagi.

10. Cinta ibarat pasu antik yang sukar ditemui dan sukar untuk diperolehi. Tetapi ia cukup mudah untuk jatuh berderai sekiranya tidak dijaga dengan elok.

11. Cinta sebenarnya tidak buta. Cinta adalah sesuatu yang murni, luhur dan diperlukan. Apa yang buta ialah apabila cinta itu menguasai dirimu tanpa pertimbangan.

12. Kejarlah cita-cita yang diimpikan sebelum mencari cinta. Apabila tercapainya cita-cita, maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir.

13. Setiap orang punya rasa cinta. Tetapi tidak semua orang pernah merasai cinta. Setiap orang pernah bercinta tetapi tidak semua yang berpeluang mengecapi bahagia.

14. Cinta itu apabila kamu bertemu dan membuat pilihan yang tepat.

15. Manusia tidak jatuh di dalam cinta dan juga tidak keluar daripada cinta. Tetapi manusia tumbuh dan membesar bersama cinta.



from some1 for some1

(sumber:http://www.gua.com.my/LoveRelationship/LoveLifeSexDetail.aspx?ArticleID=3925)

15.10.09

kerja giler kami

"weh! nak lepak ne ni? x pe kite culik lok dulu..."

lok:: " aku kt umh t'buka kopi print, mek aku kt sini r..."

dzooommm~ terus gime mek lok. culik, culik gak tp x der plan nk lepak mana. di kala kul 10 nk gie mana? main pijak2 kat padang? menarik...

dyah:: " aku x nak la..."
" bis ko nk g ne..ko x penah wat plan so rini kami bg tanggungjawap ni kat ko"
"tah...x der idea"
pokok:: " melaka!!!"

kami wat2 jek setuju, lagi pun pokok main2 jek bg cadangan tu... ye2 jek dyah terus drive ke KL sb nk ne highway sg besi.

dyah:: "gie uptown nak?"
kami:: "malas nak jln la...~"


tanpa fikir panjang memang betul2 kereta hijau tu b'gerak ke melaka. pukul 1am... huu~ sunyi jek jln2 kt sn, semua org dh balik umah tido tp kami baru nak sampai tuk melancong ke bandar bersejarah tu [city of history].

seronok tul dpt berjalan ke bandar melaka ni... as student yg belaja sal building rasa banyak ilmu yg dapat, banyak benda yg nampak. lagi pula sekarang ngah panas sal design colonial building. motif2 yg life leh tengok, building yg dah berpuluh tahun...time belum merdeka lagi pun der lagi beb.

ok...korg layan la gambar2 yg aku rasa cm nk tunjuk... naway banyak lagi tp semua gambar posing so malu ler~ hik~ hik~


tempat 1st kami lawat d kala 1am


pesta tanglung kat joker walk


penyanyi kat A Famosa


geng lepak [lepak yg b'faedah]



1st time dpt rasa naik beca, siap der radio tu... laju gak mmt tu bwk beca. pe pun aku rasa serba salah sb die ne bawak aku yg berat ni huhu

ko Tag aku jawab

1. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
:: makanan tengahari kat hani sup utara seksyen 9

2. Apakah bende paling penting dlm hidup kamu?
:: family + fwenz + money

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu??
:: kat umah parent ku di JB [home sweet home]

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
:: doa untuk sehingga hujung hayat... wink~

5. Adakah anda sedang dilamun cinta??
:: x sure...[confuse with my self] cinta ni indah dan menyakit kan

6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam??
:: restoran cinta sayang...

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
:: seBUKU roti serunding

8. Apakah nama penuh kamu??
:: a.k.u lah bte itu

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau mak??
; dua2 pun rapat... biasa la bergantung pada cerita yg nk d share.

10. Namakan seseorang yang ingin kamu jumpa dalam hidup kamu buat pertama kalinya??
:: sape ek? tah la... x der yg aku rasa nak sangat jumpa sekarang.

11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu.
:: lapan????
1- dayah
2- dill
3- siah
4- pokok
5- jeeb jaab
6- zulhelmy
7- bai

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri??
:: sudah tentu, sejak dah der mesin basuh ni x yah la antar dobi lagi...

13. Tempat yang paling seronok yang kamu mahu pergi?
:: taman permainan depan KLCC tp time mlm2... indah nye klcc mlm2 [kenangan kt situ pun indah :P]

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu..
:: syg ko, si tinggi, mana spek ko ilang?, x reti2 gie klinik..., ko best!

15. 8 perkara yang amat saya gilai??
:: internet
:: makan, makan, n makan
:: duit [duit2 di mana ko duit?]
:: reading blog
:: merayau mlm2 tngok lampu
:: lagu china yg x faham tp layan~
:: lepak, hang out dgn dak2 giler yg asik wat aku ketawa smbil menghanjing org :P
:: kucing... sgt rindu tomat

16. Pelukan atau ciuman??
:: pelempang nak? aku mmg x suke org peluk or cium aku..wuhahah sorry la~

17. 8 perkataan yang sering diucapkan??
:: ha! ... haa..tu la p'kataan tu


18. 8 buah buku yang paling baru di baca??-
:: 8?! nape x tny 18 ke... 88 ke... selain buku2 design aku baca artikel internet jek~

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali??
:: semua lagu yg der dlm senarai lagu2 baru aku ni ha la... selain tu lagu kat radio, dah dejay tu mmg akn ulang2 kan~

20. Mari men'TAG' 8 orang lain...
:: si pembaca xtvt x b'faedah aku ni... selamat mencuba!

karutan lelain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...