6.12.10

salam tahun baharu : 1432 Hijrah


salam maal Hijrah!!!

Tahun baru... now dah tahun 1432 Hijarah, semoga tahun ini kita menjadi umat yang lebih baik dari tahun2 sudah dan semoga Allah sentiasa memberkati kita kerana keberkatan dari Allah sahaja yang dapat menjamin ke bahagiaan di dunia dan akhirat.

Semperna 1st day di tahun baru ni, saya nak share dengan semua tentang sejarah Hijrah ni... (sumber dari http://blogtamingsari.blogspot.com/2010/12/ulangkaji-sejarah-hijrah-junjungan.html)


Kronologi hijrah Rasullulah S.A.W

secara ringkas rentetan Hijrah Nabi saw.

Kafir Quraisy berazam untuk membunuh Nabi Muhammad saw
Malaikat Jibrail memberitahu kepada Nabi Muhammad saw berkenaan dengan rancangan jahat kaum Quraisy dan keizinan dari Allah swt kepada Nabi untuk berhijrah ke Madinah
Nabi memberitahu kepada Abu Bakr tentang rancangan Hijrah ini
Mereka keluar dari Mekkah, pergi ke gua Thur
Quraisy mencari Nabi sehingga sampai ke gua
Abu Bakr gelisah dan takut dengan keselamatan Nabi ketika di gua
Turunnya ayat Al-Quran, Surah At-Taubah : 40
Mereka keluar dari gua selepas bersembunyi di situ selama 3 hari
Suraqah mengejar Nabi dan janji Nabi kepada Suraqah
Nabi tiba di Madinah
Pembinaan Masjid Nabawi
Mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar

Dr. Yusuf Al-Qaradawi ada mengatakan di dalam khutbah jumaatnya :
Sesungguhnya hijrah Nabi saw meninggal satu tempat yang paling disayangi oleh baginda, paling disukai oleh Allah swt. Ia juga adalah tanah tempat tumpah darah baginda, tempat yang penuh kenangan baginya, tempat baginda membesar. Lebih-lebih lagi, ia adalah tanah haram Mekah Al-Mukarramah.

Namun begitu, jika bertemu antara tuntutan akidah dan kecintaan kepada tanah air, maka tuntutan akidah lebih tinggi kedudukannya dan perlu didahulukan ke atas yang lain. Tuntutan akidah juga lebih berharga dari keluarga, rumah, harta dan apa sahaja yang disukai oleh manusia.

Nabi saw telah berhijrah meninggalkan negaranya dan kawan-kawannya. Firman Allah swt yangbermaksud: "Iaitu mereka Yang diusir dari kampung halamannya Dengan tidak berdasarkan sebarang alasan Yang benar, (Mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: Tuhan Kami ialah Allah". [Surah Al-Hajj : 40]

Semua itu lebih mudah untuk mereka tinggalkan berbanding dengan keredhaan Allah swt. Ini kerana mereka ingin membina sebuah Negara Islam, kerana islam perlu kepadanya. Sebuah begara yang terpisah yang dapat meningkatkan kalimah Allah di situ, dilaksanakan syariat islam, ditegakkan syiar-syiar Allah dan memperlihatkan kekuatan islam.

Tulisan Ustaz Naqib Hamdan (Universiti Al Azhar, Mesir.)

Wallahhualam.


No comments:

karutan lelain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...