1.10.13

Time Heal

     Setelah berabad (10 bulan) tak update blog,tetiba petang selasa yang meletihkan dan sakit belakang juga boring menunggu office-mate balik dari gym untuk pulang sama, aku pun meringan kan tangan untuk menaip. Acely ada sahabat aku ni tanya kenapa aku tak ber-blog lagi, ngeeee~ ingat tak ada yang nak baca :P

Aku sangat sebuk dengan kerja sampai kadang2 rasa masa terlalu cepat berlalu.

Pelbagai warna warni kehidupan berlaku dalam hidup aku yang biasa2 ni. Dari kawan rapat menjadi hilang dan bermaafan kembali sehingga kawan yang aku percaya telah aku buang jauh kepercayaan untuk dia malah aku rasa dengan dia, dia aku nak buang (okey..tu jahat)

TIME HEAL.................................................................................................... urmmmm~


Kamu rasa begitu?

Bagi aku, kamu tak membaik kerana masa cuma kamu belajar menerima dan menghilangkan rasa tak perlu untuk teruskan hidup. Kisah lama mesti masih ingat kan kecuali kalau korang hilang ingatan laaa~

 Aku lupakan semua kesakitan dalam masa singkat, dengan motivasi... "membazir masa sayang org yg tak sayang kita dan tak hargai kita"

Tapi now aku happy dengan life aku sekarang. Walau terlalu busy tapi semua membahagiakan.

"BUANG BENDA YANG MENYEDIAHKAN (negative) KAMU UNTUK TERUS RASA GEMBIRA (positive) DI HARI2"

“Hearts are breakable," Isabelle said. "And I think even when you heal, you're never what you were before".” 
― Cassandra ClareCity of Fallen Angels



23.1.13

Ragam



Bila aku mula keluar dari tempat yang selesa di panggil rumah (rumah keluarga), dari tempat membesar, dari golongan bersama dewasa dan dari tempat yang memang aku kenal belok belok jalan nya, aku nampak sesuatu yang aku tak pernah alami di sana.

Tempat ni agak asing.

Nama pun manusia jadi macam2 perangai dan kerenah. Seperti aku,aku pun satu dari mereka yang di panggil manusia. Siapa lah aku untuk menilai...

Kolot kah aku? not in trend kah aku?
Yang aku tahu aku sentiasa berdoa aku terus kekal kolot dan terus not in trend.

Aku doa kan mereka di beri pintu hidayah, di beri keinsafan. Aku pun x sebaik mana tapi aku sentiasa cuba yang terbaik. Ada org kata, biar jahat yang nampak dari berlakon tak jahat. Tapi bagi aku, biar la kau berlakon untuk jadi baik walau dalam hati kau memberontak nak buat kejahatan yang sebenar nya kau tahu akan lebih meng-happy kan kau, berusaha untuk jadi terbaik di mata orang akan mendorong kau terus ada batasan dalam hidup.. lama2 ia akan jadi kebiasaan yang membawa guide line hidup kau.

Aku memang sakit hati, aku memang menyampah tahap nak dengar derapan kaki mereka berjalan pun tak boleh, tapi aku tak la jahat sampai akan buat benda jahat balik. Its so not me. Aku memang tak boleh jadi apa yang mereka mahu, aku memang bukan cam tu.

Jadi biar aku berlalu pergi, biar mereka gembira dan aku gembira.


....kau happy, aku happy, mereka happy....

10.1.13

Sana ke Sini

Berhijarah dari JB ke KL. Officially dah hampir 3bln aku keje kat sini.
Environment kerja yang fun, actually office-mate yg giler buat aku selalu terhibur, rasa cam dekat rumah.

(my officemate *semua giler bergambar)

Boss,
Boss seorang yang..... urmmm... buat masa ni die ok, selalu gak perangai2 dia yang buat aku gelak. Aku sangat tak terbayang yang aku akan kerja ngan dia. :P


(kadang2 rasa cam cowboy pun ada, Lol)

Aku harap semua akan terus best and makin best. ^____^




karutan lelain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...