25.4.10

wedding sana sini

New n3 di pagi hari isnin dikala aku x tidor lagi. melayan design buat otak aku tepu.

sambil buat design aku design card wedding untuk kawan aku. KAWIN!
kami b'6... aku, effa, sofi, dill, katty dan pura. kenapa? kami rapat dari dulu, sejak sekolah. walau sekarang semua ada jalan hidup sendiri tapi still kawan. sorang2 dan nak kawin. sekarang tinggal aku dan pura tapi pura kira beruntung sebab ada BF dah. aku? jeng~ jeng~ jeng~ :P


wedding adik sofi


Dalam masa terdekat ni sofi dan effa akan kawin. bermula dari katty yg menamat kan zaman 5 dari pingitan sekarang berjangkit2 lak. gembira lihat mereka bahagia. sekarang aku tengah design card kawin untuk sofi. selain tu die gak dah tempah aku tuk arrange wedding die. perh! apa aku nak mengarut dlm design wedding ni?

so aku pun wat la research... klu nak tahu aku x pernah simpan apa2 pasal wedding, nak cari gambar pun tak pernah terfikir. sebab aku x pernah fikir huhu~ tapi bila start mencari aku suka tengok mood tu. yang pasti aku dah dapat idea nak bagi concept apa kat sofi nanti (senyum~)



sweet sgt mereka kan~~~

26.3.10

Kawan, Sahabat - aku x faham

en3 baru tuk dis week... entah kenapa aku rasa nak tulis sal nie. aku rasa sesuatu berlaku tanpa aku tahu kat belakang aku. rasa nya ada sedikit kekusutan yang x tahu muncul dari mana sedang berlaku sekitar hidup aku. berdiam bukan bererti x tahu dan bersuara bukan bererti mengerti.

senang nak cari KAWAN sebenar nya. (sape sokong?) asal kite pandai beramah, sekepala pasti die jadi kawan kite. tapi.. SAHABAT bukan benda senang. bagi aku sahabat tu memang susah nak cari. mungkin kau rapat dengan aku tapi kau bukan sahabat aku atau "kawan baik". sepanjang aku berubah angin dari negeri tu ke negeri nie..aku dah banyak belajar tentang berkawan. klu kite percaya org tu dgn mudah dan cerita or bg tahu segala nya pada die semua tu akan wat kite sendiri derita 1 ari nanti. time baik ni semua ok...semua indah dan semua boleh di percayai, tp bile kite terguris hati die or die guris hati kite semua tu akan keluar lancar jek macam x penah kenal dan kawan.

aku memerhati semua nya. semua menjadi makin parah sebenar nye. kawan nie mengata kawan nie...depan semua nampak baik. apa yang kau terus x puas hati sedangkan korang dah berkawan lebih dari 3tahun? kadang2 aku rasa korang macam budak2 yang langsung x matang. apa masalah nya kalau die suka tu dan kau suka tu? tu kawan die dan tu kawan kau? die pergi situ dan kau perlu pergi sana sebab nak jeles kan die? kau x rasa ke semua ni BODOH? aku rasa!

kau tahu apa aku rasa kat korang? aku rasa korang lawak...ader sedikit menyampah. kau pergi tapi senyap2. semua orang tak boleh tahu padahal tu kawan die dan aku juga. ader sape yang nak menyebuk kalau kau cakap ke? aku x faham. awak... awak dah masuk sebahagian dari mereka. awak dah lain.

kenapa aku cakap cam ni? sebab aku bosan dengan perangai mereka. kenapa mesti pendam padahal baik kite cakap jek. kalau makan hati jangan penah heran dengan semua ni.

18.3.10

Computer oh Monitor

New an3 setelah beberapa bulan aku x update... semua sebab Pc still dlm ICU.

Beberapa hari lepas hospital tempat CPU aku di masuk kan tu pun call. Berkobar2 la aku gie sana untuk jemput CPU aku tu pulang... hati jangan kata...happy betul. dah dekat 3bln aku guna laptop org.. dari laptop kak nina (s2diomate), asnini (housemate) sampai la laprop anuar... malu sebenar nya pinjam barang orang ni, tapi x leh elak sebab aku ngah final sem sekarang.


(muka bangga_senyum sampai telinga)

Dengan muka gembira dan senyum sampai ke telinga aku pun terus la pasang CPU yg baru jek sembuh tu. (berkobar2 nih~). okeh! semua wayar dah siap di pasang... lengkap lah! jom onn suis!!! poooom!!!! (terkerut kening kejap) haaaa!!! api apa tu???

cube teka~

haaaa~ bukan CPU yg baru sehat yg rosak...tapi Monitor lak yg terbakar. apa salah aku? x baca bismillah time pasang? oooo~ tidak...aku sentiasa berhati2 klu nak happy sebab takut jadi cam ni la, tapi jadi gak... damn!!!


(arghhhhh!!! tarik kulit muka sambil jerit mengilai2)

(monitor peti sejuk- terbakar pula)

sekarang aku kena kumpul duit untuk beli monitor baru lak. ader la dalam beberapa jam aku terfikir pasal la aku ni malang sangat, tapi after beberapa jam aku mula fikir positif... DUGAAN FINAL SEM. owhhh~ berat tul dugaan ni. computer tu benda paling penting... cam ne aku nak wat keje? klu nak g CC pun bukan ada 3Dmax or schetchup...or Autocadd...


(uhuuu~ monitor flat screen pujaan)

selamat meminjam kembali (benci~)

final pun dah x lama lagi jek... aku just doa aku sempat buat semua nya dan sangat berharap org2 x bosan dengan kesusahan aku dan sentiasa sanggup tolong aku.


(final presentation 08- lagi 56 hari je.... wuhuuuu~)

jasa baik die org mmg berharga tul tuk aku buat masa ni...

karutan lelain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...