

Biography : David Pierre Guetta.
: a French House musicproducer and DJ
: Originally a DJ at nightclubs during the 1980s and 1990s, he co-founded Gum Productions
Album
Just a Little More Love (2002)
Guetta Blaster (2004)
Pop Life (2007)
One Love (2009)
TBA (2011)
David Guetta is poised to take electronic music out of the confines of the global underground, where he reigns as the No. 1 House DJ. Joining hands and forces with some of the biggest names on the urban scene, while introducing some undiscovered talents, another level beckons.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya".
~Best friend~
Aku hanya ada 2 org kwn baik, kami ke sekolah menengah b'sama, share suka duka, sentiasa bersama walau sekarang kami terpaksa ke jalan pilihan masing2.
Sedih aku tengok mereka. Berat betul masalah yang perlu di hadapi (macam cerita drama pun der gak)
semua kerana :
CINTA!
Kesedihan bermula
Sofi, dia ni pula tengah tersepit antara tunang dan parents. Tunang die tengah kecik ati dgn mak bapak sofi semua sebab parents sofi tak nak tolong loan rumah and ada beberapa kes lagi. Aku jadi pemerhati semua masalah dia. Aku sangat kesian kat dia, semua ni bukan punca dari dia tapi dia kena tanggung di tambah mulut orang kampung yang membesar kan lagi masalah ni (benci org kuat mengumpat! its not cool ok!!!). Rumah tu dia tak jadi beli and tunang dia suruh bagi pada parent dia je yang beli, parent dia setuju sebab mereka kena pindah, rumah mereka duduk now dah nak kena tolak (setinggan) tapi tunang dia tak bagi tolong untuk urus kan apa2 tentang pembelian rumah tu and tunang dia bg kata dua, pilih tunang or parent kalau nak tolong juga mereka putus. Tunang yang JAHAT!!!
Sampai hati die suruh pilih antara mak bapak atau diri dia... dah tentu la sofi sedih dan tak mungkin memilih. Mak Ayah tu orang yang lahir kan kita kat muka bumi ni, yang besar kan kita, walau mereka bukan ibu bapa yang baik dan selalu wat kita sakit hati, tapi jasa mereka tak mungkin dapat di balas, walau pun korg bagi berjuta2 ringgit... kalau bukan pasal parents kekasih kau, kau tak kan dapat bercinta dengan kekasih kau tu la..x dpt jumpa pun kat dunia ni....!
Aku memang angin dengan orang yang membelakang kan mak bapak.
Tapi on other side aku sangat bersyukur sebab mak abah aku tak cam parents dia orang. Selama aku hidup dengan mereka, mereka tak pernah mendesak aku buat apa2, mereka sentiasa sokong apa aku buat.. mereka pun tak cam sesetengah family yang marah2 anak sebab nak duit gaji anak die dengan amount yang melampau, tak bagi gaduh,marah2...
Mak Abah lah org yang paling aku sayang kat dunia ni.
To both of my friend yang tengah b'sedih, aku doa kan sepenuh dan setulus hati aku yang korang akan dapat mencari solution of that problem. Semoga Allah swt menunjukkan jalan kepada korang.
AMIN~
situasi: balik dari site
on PC... on tenet... on FB.... why!!! why!!! (jerit2 dlm ati)
damn, mereka dah block FB... tiada lagi saat2 b'FB dikala b'kerja, boring2 pasti makin boring... OMG!
hahaha...x la sampai cam tu, tapi kekok gak bila selalu buka FB selalu bile2 dah x leh blah bosan wat kerja. Lihat pada kebaikan, bagus gak..cepat sikit kerja aku siap (selalu pun submit on time ok...) - sejuk kan ati punya alasan tu. at other side... wa boling woooo... dah la adik aku tak bagi lagi berokban tu, kat umah x der tenet, kat ofiz FB ne block... macam mana? haiyooo~
FB memang mengian kan, bukan orang hisap dadah je boleh gian on9 FB pun boleh.. a.k.a gian internet huhu...
Nothing special in my birthday. Setiap tahun pun macam ni, no celebration (plz don't) no present (never mind) but every body wishing is adalah yang paling penting, semoga doa korang untuk saya tu termakbul.
thanks for all yang wish, baik send sms, via FB, Twitter, E-mail, mms, or dengan bertentang mata. sangat la menghargai nya.
Umur dah semakin meningkat, masih banyak yang belum aku kecapi and gapai dan banyak benda yang tak dapat aku dapat sepanjang usia 24 ni. Semoga dgn angka 24 ni semua berubah menjadi semakin baik dan baik dan terus baik. amin~
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 Hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 Hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untukmenemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Saling berpesan2lah sesama kita...
Lirik Slot Akasia - The Fabulous Cats
Verse
Inikah berakhirnya
Hidupku yang ku rasa tidak secantik potret yang terlakar dikaca
Inikah makna cinta
Datangnya berbunga bunga belum dijamah pahitnya jelas terasa
Ku renung kisah kita
Perbalahan antara
Erti bersama
Airmata dan lelah buat kita berbalah
Dendam terujud segala yang indah
Hilang hilang
Chorus
Dari satu hujung ke satu penghujung berlari
Tapi hanya makin ku jalani
Jalan jalan yang sempit sekali
Imbasan warna warni cerita cerita dalam hidup kita
Hingga paling kelam kan terpapar di slot akasia
Verse
Ku renung kisah kita
Perbalahan antara
Erti bersama
Airmata dan lelah buat kita berbalah
Dendam terujud segala yang indah
Hilang hilang
Chorus
Brigde
Jauhku fikirkan tentang kita tanpa kita
Sedalam dalam kita mencari jawapan yang sama
Mungkin berbeza antara jalan yang ditentukan
Namun ku percaya jika mata ditutup disitu ada cinta
Madah Pujangga
Berpasangan insan telah dijadikan
Dalam satu jiwa bakal mewujudkan
Bermusim kegelapan dapat dipinggirkan
Namun kita manusia senang dibutakan
Menyintai bukan untuk disakiti
Sejambak bicara harus ditepati
Carta belaian jiwa dilonjakkan tinggi
Tak menjunam jatuh menghempas ke bumi
Sejati itu yang kau ucapkan
Sebuah melodi dan hanyalah satu ungkapan
Kata kata lontaran sekadar ukiran hiasan
Takkan berbunyi bila bertepuk sebelah tangan
Setinggi mana tak guna nak dikecapi
Tiada dua satu jiwa tiada erti
Tiada lagi rekaan khayalan mimpi ngeri menyelubungi
Hanya meniti hari meneliti hati
Chorus sampai habis